Wednesday 29 February 2012

Road to Krabi

Road to krabi adalah salah satu trip yang dianggap pencapaian besar kerana ianya melibatkan luar daripada Malaysia. Budget yang diperuntukkan jugak adalah sangat rendah dan berbaloi. Nak tahu berapa? Kena baca sampai habis. hehe. Trip ini adalah bertujuan untuk climbers-climbers yang memasang impian untuk climb di batu semulajadi Krabi tetapi turut disertai oleh beberapa orang yang hanya mahu bercuti.

22 Januari 2012

Seramai 14 orang pemuda dan pemudi berkumpul di KL Sentral untuk bertolak ke Hatyai dengan menaiki keretapi. Tiket hanya berharga RM48 untuk seat dan RM60 untuk katil. Tapi sebab waktu itu adalah peak season (CNY) maka hanya seat sahaj yang available. Tepat pada pukul 9.30 malam, kami bertolak menaiki keretapi. 

Di KL Sentral

23 Januari 2012

Selepas 12 jam perjalanan, lebih kurang pada pukul 9 pagi, kami tiba di Padang Besar untuk cop passport. Kemudian kami meneruskan perjalanan dan tiba di Hatyai 2 jam kemudian. Kami sempat makan di sebuah Restoran Muslim berdekatan sementara 3 antara kami pergi menempah van untuk menuju ke Krabi. Harga pengangkutan van terus ke Ao Nang adalah 400 baht (RM40) seorang. 

Di Padang Besar

Di hadapan Restoran Muslim

Perjalanan ke Ao Nang mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam. Setibanya kami di sana, hari sudah mulai gelap dan kami dibantu oleh seorang pakcik warga thailand yang boleh berbahasa melayu. Beliau meminjamkan kami motor beliau untuk memudahkan pergerakan kami selama berada di Ao Nang dan dia jugak menunjukkan kami campsite untuk bermalam. Caj untuk penginapan campsite juga adalah murah iaitu 30 baht (RM 3) seorang. 


Di perhentian Trang

Ao Nang

Sunset di Ao Nang

Campsite

24 Januari 2012

Kami berkemas untuk menaiki feri untuk ke Phi Phi Island. Kami hanya berjalan kaki menuju ke jeti memandangkan jaraknya yang dekat. Tiket untuk harga feri ni pula adalah 700 baht (RM70) 2 hala . Perjalanan menaiki feri dari Ao Nang ke Phi Phi pula mengambil masa selama 2 jam. 



Di atas feri
Perjalanan ke Phi Phi Island


Lebih kurang pada pukul 12 tengahri, kami tiba di jeti Phi Phi Island. Phi Phi Island adalah antara pulau tercantik yang terdapat di Krabi dan wajib dilawati. Setibanya kami di sana, kami terus mencari port batu untuk climb.

Jeti Phi Phi Island

Rock climbing @ phi phi



Memandangkan kami membawa peralatan climb sendiri, maka tiada bayaran dikenakan. Untuk yang mahu cuba climb di sana, terdapat kedai yang menyediakan perkhidmatan climb dengan harga yang berpatutan. 

Menjelang maghrib, kami mencari masjid untuk bermalam yang terletak agak jauh dari tempat climb. Kami diizinkan untuk bermalam di situ oleh imam masjid yang sangat baik hati. 

Bermalam di Masjid Phi Phi

25 Januari 2012

3 orang antara kami telah pergi ke pointview untuk melihat pemandangan Phi Phi dari atas. 


Dan selebihnya teruskan dengan aktiviti rock climbing.







Menjelang pada pukul 3 petang, kami berkemas untuk menuju ke destinasi seterusnya, iaitu Railay Beach. 


Setibanya kami di Railay Beach, kami dapati kos penginapan di sana adalah sangat mahal. Dan port untuk bercamping juga tak strategik. Jadi kami memutuskan untuk bermalam di Tonsai iaitu hanya bersebelahan dengan Railay Beach. Oleh kerana air laut tengah surut, kami menyeberang melalu pantai sahaja. Tapi selain tu, ada jugak trekking yang menghubungkan Railay Beach dan Tonsai. 

Ke Tonsai

Tonsai

Tonsai @ syurga climb

Kebanyakan pengunjung yang datang ke Tonsai adalah memang untuk climb. Tapi semua route 7A ke atas. Untuk noob macam saya tak layak nak climb T__T

Di Tonsai, kami memutuskan untuk camping di tepi pantai. Terdapat juga beberapa khemah didirikan di situ. 


26 Januari 2012

Kami meneruskan aktiviti kami dengan Deep water Solo di Poda Island. Kami berjaya dapat harga murah untuk menaiki bot iaitu 250 baht (RM25) seorang.